IkhLasKan HaTi, PerKasAkan TarBiah, TinGkaTkan UkhWah, TunAikan AmaNah, JalAnkan DakWah, TerUskan PerJuanGan, IsLam PasTi GemiLaNg!

Sunday, October 26, 2008

Rijal dan Nisa'

sahabat-sahabat,


Sudah menjadi fitrah lelaki dan perempuan saling memerlukan. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Taubah: 71)


Bermula dengan penciptaan Adam kemudian diciptakan Hawa sebagai teman. Sehinggakan hari ini, dari generasi ke satu generasi Allah telah aturkan penciptaan lelaki dan perempuan supaya mereka berkenal-kenalan dan akhirnya disatukan bagi menyambung generasi Nabi Adam a.s & Hawa.


Inilah yang sepatutnya kita fahami.


Dalam konteks kita bergerak kerja melaksanakan urusan dakwah, melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar dsb yang bersangkutan dengan tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah di atas muka bumi ALLAH S.W.T pastinya kita lelaki dan perempuan saling memerlukan dan semestinya perlu saling tolong menolong (takaful@ta'awun) dalam melancarkan dan menguatkan gerak kerja dakwah.


Maka di sini kita pasti akan saling berhubung, samada 'face to face', 'meeting', 'sms', 'call', 'yahoo group' dsb.


berdasarkan kaedah feqah, "ma la yatimmul wajib illa bihi fahual wajib", maka disebabkan kerja dakwah merupakan satu kewajipan yang mesti kita tunaikan, & tidak sempurna urusan dakwah ini melainkan dengan kerjasama & berhubungan antara nisa' dan rijal, maka berhubungan antara mereka adalah wajib. Tidak boleh sama sekali kita tidak berhubung sekiranya hal ini boleh melambatkan gerakan dakwah @ gerakan Islam dalam mencapai matlamatnya..


Memang sudah menjadi fitrah lelaki dan perempuan perlu saling berhubung@berkomunikasi dalam merencanakan misi gerakan Islam, kerana Islam bukan untuk lelaki sahaja atau untuk perempuan sahaja, tetapi untuk semua tanpa mengira jantina. sekiranya Nabi tidak berkomunikasi dengan perempuan, pastinya Islam hanya akan difahami dan diikuti golongan rijal sahaja. Tetapi nabi turut menyeru kepada semua rijal dan nisa', bahkan nabi menjadi tempat rujukan utama nisa' hatta berkaitan masalah feqah yang bersangkutan dengan nisa'.


Dalam kaedah Sulbah, "Individu Islam> Keluarga Islam> Masyarakat Islam > Negara Islam > Daulah Islamiah di bawah pemerintahan Khalifah Islam"


Untuk mencapai cita-cita besar ini bukan suatu perkara yang mudah. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi kepada sebuah keluarga yang pasangannya berlainan fikrah. Bagaimana dengan fikrah anak-anak? nak pilih fikrah mak@ayah? ke nak ambik fikrah mak skit & ayah skit? @ anak sulong fikrah ayah, anak kedua fikrah mak? mungkin jgak anak lelaki mewarisi fikrah ayah & anak perempuan fikrah mak?


jika ini yang berlaku, pastinya keluarga Islam sebenar yang ingin diwujudkan tidak tercapai, apatah lagi nak wujudkan masyarakat Islam dan negara Islam.


Oleh sebab itulah, kita jalankan Tarbiyyah bermula di peringkat akar umbi iaitu pembentukan individu muslim, samada muslimin & muslimat dalam melahirkan rijal dan nisa' yang sefikrah yang jelas dengan matlamat perjuangan Islam. Mana mungkin "wihdatul fikr" dapat dicapai di antara nisa' dan rijal jika tidak ada komunikasi @ perhubungan dua hala antara nisa' & rijal dalam proses tarbiyah. Mana mungkin akan lahir rijal dan nisa' yang sefikrah jika masing-masing menjaga kepentingan masing-masing, atau dalam erti kata lain "rijal sama rijal & nisa' sama nisa'."


Tidak salah berhubungan antara rijal dan nisa' samada melalui 'sms', 'call', 'meeting' etc. selagi mana tidak menimbulkan fitnah samada kepada rijal atau nisa' berkaitan dan juga kepada Gerakan Islam. Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan satu kaedah yang disepakati ulama feqah "sesuatu yang halal boleh bertukar menjadi haram jika dengannya akan menimbulkan fitnah".


dibolehkan terus berhubung antara rijal dan nisa' dalam proses mencapai cita2 harakah Islam cuma jangan mengadakan suatu perhubungan yang boleh menyebabkan fitnah kepada diri sendiri dan gerakan Islam, itu sahaja. Hukumnya ada pada diri masing-masing. rasa adalah rasa tuan empunya rasa.


Allahu a'lam...

No comments: