IkhLasKan HaTi, PerKasAkan TarBiah, TinGkaTkan UkhWah, TunAikan AmaNah, JalAnkan DakWah, TerUskan PerJuanGan, IsLam PasTi GemiLaNg!

Sunday, October 26, 2008

Peliharalah Ukhwah

“Orang-orang beriman itu BERSAUDARA (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwalah kepada ALLAH…” (Al-Quran).

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan Rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)


Sahabat-sahabat,

Persaudaraan Islam ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah Islam & keimanan kepada ALLAH. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh, ampuh dan berharga.

Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan sahabat (itsar)..

"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya" (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya
lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.


Dalam persahabatan, kita tidak semestinya sebaya. Ada adik, ada kakak dan ada abang.

Adik seharusnya menghormati kakak@abang seadanya.

kakak@abang pula memberi kasih sayang yang adil kepada adik-adiknya.

Wujudkan suasana mahabbah@kasih sayang dan keharmonian dalam persahabaan.

Jangan biarkan masalah hati memisahkan persaudaraan yang kian subur,

Berlapang dadalah, terimalah sahabtmu seadanya.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a'alamin..

No comments: