IkhLasKan HaTi, PerKasAkan TarBiah, TinGkaTkan UkhWah, TunAikan AmaNah, JalAnkan DakWah, TerUskan PerJuanGan, IsLam PasTi GemiLaNg!

Tuesday, February 24, 2009

Produk Halal Tanggungjawab Bersama

HPA kini menumpukan peniagaan mlmnya diselatan negara dan ini dapat dilihat apabila 9 cawangan baru yang akan siap beroperasi pada hujung bulan ini iaitu Port Dickson, Masjid Tanah, Batu Pahat, Muar 2, Pontian, Skudai, Simpang Renggam, Rengit dan Parit Raja. Kerancakan MLMs HPA akan diteruskan terutama di zon-zon yang belum ramai ahli bagi memberikan perkhidmatan pembekalan produk halal keseluruh Malaysia."Kita siap untuk mengisi keperluan ini dengan sokongan daripada semua pemimpin yang ada".

Teruskan perjuangan jangan mengenal penat selagi umat Islam belum selamat daripada produk haram dipasaran.

"Produk Halal Tanggungjawab bersama"

Saturday, January 10, 2009

JANGAN LUPAKAN SAUDARA KITA


Smoke billows from buildings in Gaza Saturday as seen from the Israel-Gaza border

Dalam keamanan kita di sini JANGAN LUPAKAN saudara kita di Gaza. Mereka sedang bertarung nyawa dengan rejim zionis yang tak berperikemanusiaan, tidak kenal mana muda, mana tua, mana kanak-kanak. Keadaan di sana amat dahsyat.

TINGKATKAN KEPEDULIAN kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Buatlah
SOLAT HAJAT, sentiasalah berdoa & bacalah QUNUT NAZILAH
untuk memohon pertolongan Allah. Kerapkan pembacaan Surah
AL-FATH terutama ayat 26-27 & YUNUS ayat 85-88


Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan mentaatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat
Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-


أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban


Moga ALLAH memberi pertolongan setiap masa kep
ada saudara kita di sana dan semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia.

Sahabat-sahabatku, mari kita sama-sama berdoa dengan penuh pengharapan kepada yang SATU:

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

Amin Ya Rabbal A'lamin.


Monday, November 10, 2008

Kenali virus-virus ukhwah



Sahabat-sahabat kene peka dengan virus-virus ni. Observe virus-virus ni dalam diri masing-masing ad ke tak, segera. Bahaya virus ni.Kalau tak dapat observe sendiri, mintak tolong sahabat-sahabat terdekat observekan. Tengah malam atau waktu qiamullail adalah waktu yang sangat sesuai buat observation. Kalau ada, buang cepat-cepat. Jangan biarkan ia merebak, membiak, dan berjangkit kepada sahabat-sahabat kita.

1. TAMAK AKAN KENIKMATAN DUNIA

2. LALAI MENJALANKAN IBADAH DAN MELANGGAR TUNTUNAN AGAMA

3. TIDAK SANTUN DALAM BERBICARA, Contoh Gaya Bicara yang tidak Etis:
a. Berbicara dengan Nada Suara yang Tinggi atau Menggunakan Kata-Kata yang Kasar.
b. Tidak Mendengar Sarannya, Enggan Menatapnya ketika Berbicara atau Memberi salam, tidak Menghargai Keberadaannya.
c. Bergurau Secara Berlebihan.
d. Sering Mendebat dan Membantah.
e. Kritikan Keras yang Melukai Perasaan

4. SIKAP ACUH

5. MENGADAKAN PEMBICARAAN RAHASIA

6. KERAS KEPALA, ENGGAN MENERIMA NASIHAT DAN SARAN

7. SERING MEMBANTAH, BERBEDA SIKAP DAN HOBI, BERSIKAP SOMBONG DAN KASAR

8. MEMBERI TEGURAN DI DEPAN ORANG LAIN

9. SERING MENEGUR, TIDAK TOLERAN, CENDERUNG NEGATIVE THINKING, ENGGAN MEMAAFKAN

10. MUDAH PERCAYA TERHADAP HASUTAN ORANG ORANG YANG MENGADU DOMBA DAN MEMENDAM DENGKI

11. MEMBUKA RAHASIA

12. MENGIKUTI PRASANGKA

13. MENCAMPURI MASALAH PERIBADI

14. EGOIS, AROGAN. TIDAK BEREMPATI DENGAN PENDERITAAN SAUDARA, DAN TIDAK MEMPERHATIKAN MASALAH SERTA KEPERLUAN-KEPERLUANNYA

15. MENUTUP DIRI, BERLEBIHAN, MEMBEBANI, DAN MENG-HITUNG-HITUNG KEBAIKANNYA KEPADAMU

16. ENGGAN MENGUNGKAPKAN PERASAAN CINTA, MENUNJUKKAN INDIKASI ATAU HAL-HAL YANG DAPAT MENYUBURKANNYA, DAN ENGGAN MEMBELA SAHABAT KETIKA DISEBUT AIBNYA

17. MELUPAKANNYA KERANA SIBUK MENGURUSI ORANG LAIN DAN KURANG SETIA

18. SUKA MENONJOLKAN KELEBIHAN PRIBADI, MENCARI MUKA DI DEPAN OBJEK DAKWAH [MAD'U], DAN INGIN MENGUASAI MADU’ DENGAN CARA MENUNGGANGI SAHABAT

19. MENGINGKARI JANJI DAN KESEPAKATAN TANPA ALASAN YANG KUAT

20. SELALU MENCERITAKAN PERKARA YANG MEMBANG-KITKAN KESEDIHANNYA DAN SUKA MENYAMPAIKAN BERITA YANG MEMBUAT RESAH

21. TERLALU CINTA

Nak observe, boleh guna mikroskop berkuasa minda dengan magnificant @ frekuensi paling rendah iaitu dengan Frekuensi Dip DELTA (0Hz)=tahap minda paling tenang. Harap-harapnya virus-virus ni tidak ada dalam diri kita semua. Allahu A'lam.

Tuesday, November 4, 2008



Bangkit!

Bangkit itu susah,
Susah melihat orang lain susah
Senang melihat orang lain senang

Bangkit!
Bangkit itu takut,
Takut pada korupsi
Takut makan bukan haknya

Bangkit!
Bangkit itu malu,
Malu bertindak melulu
Malu menjadi kelu

Bangkit!
Bangkit itu mencuri,
Mencuri perhatian dunia dalam prestasi

Bangkit!
Bangkit itu aku,
Aku untuk Islamku

Sunday, October 26, 2008

Rijal dan Nisa'

sahabat-sahabat,


Sudah menjadi fitrah lelaki dan perempuan saling memerlukan. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Taubah: 71)


Bermula dengan penciptaan Adam kemudian diciptakan Hawa sebagai teman. Sehinggakan hari ini, dari generasi ke satu generasi Allah telah aturkan penciptaan lelaki dan perempuan supaya mereka berkenal-kenalan dan akhirnya disatukan bagi menyambung generasi Nabi Adam a.s & Hawa.


Inilah yang sepatutnya kita fahami.


Dalam konteks kita bergerak kerja melaksanakan urusan dakwah, melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar dsb yang bersangkutan dengan tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah di atas muka bumi ALLAH S.W.T pastinya kita lelaki dan perempuan saling memerlukan dan semestinya perlu saling tolong menolong (takaful@ta'awun) dalam melancarkan dan menguatkan gerak kerja dakwah.


Maka di sini kita pasti akan saling berhubung, samada 'face to face', 'meeting', 'sms', 'call', 'yahoo group' dsb.


berdasarkan kaedah feqah, "ma la yatimmul wajib illa bihi fahual wajib", maka disebabkan kerja dakwah merupakan satu kewajipan yang mesti kita tunaikan, & tidak sempurna urusan dakwah ini melainkan dengan kerjasama & berhubungan antara nisa' dan rijal, maka berhubungan antara mereka adalah wajib. Tidak boleh sama sekali kita tidak berhubung sekiranya hal ini boleh melambatkan gerakan dakwah @ gerakan Islam dalam mencapai matlamatnya..


Memang sudah menjadi fitrah lelaki dan perempuan perlu saling berhubung@berkomunikasi dalam merencanakan misi gerakan Islam, kerana Islam bukan untuk lelaki sahaja atau untuk perempuan sahaja, tetapi untuk semua tanpa mengira jantina. sekiranya Nabi tidak berkomunikasi dengan perempuan, pastinya Islam hanya akan difahami dan diikuti golongan rijal sahaja. Tetapi nabi turut menyeru kepada semua rijal dan nisa', bahkan nabi menjadi tempat rujukan utama nisa' hatta berkaitan masalah feqah yang bersangkutan dengan nisa'.


Dalam kaedah Sulbah, "Individu Islam> Keluarga Islam> Masyarakat Islam > Negara Islam > Daulah Islamiah di bawah pemerintahan Khalifah Islam"


Untuk mencapai cita-cita besar ini bukan suatu perkara yang mudah. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi kepada sebuah keluarga yang pasangannya berlainan fikrah. Bagaimana dengan fikrah anak-anak? nak pilih fikrah mak@ayah? ke nak ambik fikrah mak skit & ayah skit? @ anak sulong fikrah ayah, anak kedua fikrah mak? mungkin jgak anak lelaki mewarisi fikrah ayah & anak perempuan fikrah mak?


jika ini yang berlaku, pastinya keluarga Islam sebenar yang ingin diwujudkan tidak tercapai, apatah lagi nak wujudkan masyarakat Islam dan negara Islam.


Oleh sebab itulah, kita jalankan Tarbiyyah bermula di peringkat akar umbi iaitu pembentukan individu muslim, samada muslimin & muslimat dalam melahirkan rijal dan nisa' yang sefikrah yang jelas dengan matlamat perjuangan Islam. Mana mungkin "wihdatul fikr" dapat dicapai di antara nisa' dan rijal jika tidak ada komunikasi @ perhubungan dua hala antara nisa' & rijal dalam proses tarbiyah. Mana mungkin akan lahir rijal dan nisa' yang sefikrah jika masing-masing menjaga kepentingan masing-masing, atau dalam erti kata lain "rijal sama rijal & nisa' sama nisa'."


Tidak salah berhubungan antara rijal dan nisa' samada melalui 'sms', 'call', 'meeting' etc. selagi mana tidak menimbulkan fitnah samada kepada rijal atau nisa' berkaitan dan juga kepada Gerakan Islam. Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan satu kaedah yang disepakati ulama feqah "sesuatu yang halal boleh bertukar menjadi haram jika dengannya akan menimbulkan fitnah".


dibolehkan terus berhubung antara rijal dan nisa' dalam proses mencapai cita2 harakah Islam cuma jangan mengadakan suatu perhubungan yang boleh menyebabkan fitnah kepada diri sendiri dan gerakan Islam, itu sahaja. Hukumnya ada pada diri masing-masing. rasa adalah rasa tuan empunya rasa.


Allahu a'lam...

Peliharalah Ukhwah

“Orang-orang beriman itu BERSAUDARA (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwalah kepada ALLAH…” (Al-Quran).

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan Rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)


Sahabat-sahabat,

Persaudaraan Islam ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah Islam & keimanan kepada ALLAH. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh, ampuh dan berharga.

Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan sahabat (itsar)..

"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya" (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya
lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.


Dalam persahabatan, kita tidak semestinya sebaya. Ada adik, ada kakak dan ada abang.

Adik seharusnya menghormati kakak@abang seadanya.

kakak@abang pula memberi kasih sayang yang adil kepada adik-adiknya.

Wujudkan suasana mahabbah@kasih sayang dan keharmonian dalam persahabaan.

Jangan biarkan masalah hati memisahkan persaudaraan yang kian subur,

Berlapang dadalah, terimalah sahabtmu seadanya.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a'alamin..

Sunday, October 19, 2008

Siapakah World-class leader?

"World-class leader"


Pernahkah anda terfikir, terbayang, terlihat, terjumpa satu term yang merujuk kepada seseorang yang memiliki sifat kepimpinan bertaraf dunia "World-class leader"?

Atau mungkin anda pernah menemui @ mengenali secara langsung @ tak langsung "World-class leader"?

siapakah yang dimaksudkan sebagai "World-class leader"?

Dalam ucapan dasar presiden GAMIS 2008 ada disebut berkenaan ciri-ciri "World-class leader".

Anda nak tahu? ini ciri-ciri yang dimaksudkan:

1. Orang yang berfikir sepertimana negarawan yang melihat daripada skop yang lebih luas dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya

2. Orang yang turun ke lapangan ummah (down to earth) untuk melihat jerih-perih masyarakat dan mengesat air mata rakyat

3. Orang yang punya nilai integrity dan interpersonal yang mempesonakan

4. Orang yang punya nilai keilmuan dan estetika thaqafah yang mendalam dan meluas

5. Orang yang memadukan antara igauan fantasi dan aksi reality

6. Orang yang memikirkan secara serius perihal pembentukan daulah Islamiah

7. Orang yang sebagaimana disimpulkan oleh Anis Baswedan iaitu seseorang tidak dilahirkan untuk negerinya sahaja bahkan dilahirkan untuk dunia

8. Orang yang boleh memimpin dan bukan ahli yang dipimpin

9. Orang yang berusaha membebaskan manusia daripada azab neraka menuju pencerahan syurga, ingin merasai kedinginan air telaga al-kauthar suapan tangan Rasul yang tercinta dan mencari keredhaan dan maghfirah Allah.

Jika anda sekarang ini adalah orang yang bergelar pemimpin, adakah anda memiliki ciri-ciri "World-class leader"?

Jika Ya, Bagus! I support U!

Jika tidak, Don't worry, I know u can be "World-class leader". Yang penting anda berusaha untuk memiliki & mempraktikkannya dalam memimpin.

Adakah "World-class leader" hanya boleh digelarkan kepada orang yang berjawatan sahaja? atau orang yang diistilahkan sebagai pemimpin sahaja?

Jawapannya tidak. Anda juga boleh digelar sebagai "World-class leader" walaupun anda tidak memegang apa-apa jawatan, walaupun anda bukan seorang ketua, walaupun anda hanya pekerja bawahan, walaupun anda seorang student biasa, dan apa-apa sahaja yang menunjukkan anda sekarang ini bukanlah daripada golongan pemimpin.

Kenapa?

Nantikan jawapannya.....................