IkhLasKan HaTi, PerKasAkan TarBiah, TinGkaTkan UkhWah, TunAikan AmaNah, JalAnkan DakWah, TerUskan PerJuanGan, IsLam PasTi GemiLaNg!

Sunday, October 26, 2008

Rijal dan Nisa'

sahabat-sahabat,


Sudah menjadi fitrah lelaki dan perempuan saling memerlukan. "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Taubah: 71)


Bermula dengan penciptaan Adam kemudian diciptakan Hawa sebagai teman. Sehinggakan hari ini, dari generasi ke satu generasi Allah telah aturkan penciptaan lelaki dan perempuan supaya mereka berkenal-kenalan dan akhirnya disatukan bagi menyambung generasi Nabi Adam a.s & Hawa.


Inilah yang sepatutnya kita fahami.


Dalam konteks kita bergerak kerja melaksanakan urusan dakwah, melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar dsb yang bersangkutan dengan tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah di atas muka bumi ALLAH S.W.T pastinya kita lelaki dan perempuan saling memerlukan dan semestinya perlu saling tolong menolong (takaful@ta'awun) dalam melancarkan dan menguatkan gerak kerja dakwah.


Maka di sini kita pasti akan saling berhubung, samada 'face to face', 'meeting', 'sms', 'call', 'yahoo group' dsb.


berdasarkan kaedah feqah, "ma la yatimmul wajib illa bihi fahual wajib", maka disebabkan kerja dakwah merupakan satu kewajipan yang mesti kita tunaikan, & tidak sempurna urusan dakwah ini melainkan dengan kerjasama & berhubungan antara nisa' dan rijal, maka berhubungan antara mereka adalah wajib. Tidak boleh sama sekali kita tidak berhubung sekiranya hal ini boleh melambatkan gerakan dakwah @ gerakan Islam dalam mencapai matlamatnya..


Memang sudah menjadi fitrah lelaki dan perempuan perlu saling berhubung@berkomunikasi dalam merencanakan misi gerakan Islam, kerana Islam bukan untuk lelaki sahaja atau untuk perempuan sahaja, tetapi untuk semua tanpa mengira jantina. sekiranya Nabi tidak berkomunikasi dengan perempuan, pastinya Islam hanya akan difahami dan diikuti golongan rijal sahaja. Tetapi nabi turut menyeru kepada semua rijal dan nisa', bahkan nabi menjadi tempat rujukan utama nisa' hatta berkaitan masalah feqah yang bersangkutan dengan nisa'.


Dalam kaedah Sulbah, "Individu Islam> Keluarga Islam> Masyarakat Islam > Negara Islam > Daulah Islamiah di bawah pemerintahan Khalifah Islam"


Untuk mencapai cita-cita besar ini bukan suatu perkara yang mudah. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi kepada sebuah keluarga yang pasangannya berlainan fikrah. Bagaimana dengan fikrah anak-anak? nak pilih fikrah mak@ayah? ke nak ambik fikrah mak skit & ayah skit? @ anak sulong fikrah ayah, anak kedua fikrah mak? mungkin jgak anak lelaki mewarisi fikrah ayah & anak perempuan fikrah mak?


jika ini yang berlaku, pastinya keluarga Islam sebenar yang ingin diwujudkan tidak tercapai, apatah lagi nak wujudkan masyarakat Islam dan negara Islam.


Oleh sebab itulah, kita jalankan Tarbiyyah bermula di peringkat akar umbi iaitu pembentukan individu muslim, samada muslimin & muslimat dalam melahirkan rijal dan nisa' yang sefikrah yang jelas dengan matlamat perjuangan Islam. Mana mungkin "wihdatul fikr" dapat dicapai di antara nisa' dan rijal jika tidak ada komunikasi @ perhubungan dua hala antara nisa' & rijal dalam proses tarbiyah. Mana mungkin akan lahir rijal dan nisa' yang sefikrah jika masing-masing menjaga kepentingan masing-masing, atau dalam erti kata lain "rijal sama rijal & nisa' sama nisa'."


Tidak salah berhubungan antara rijal dan nisa' samada melalui 'sms', 'call', 'meeting' etc. selagi mana tidak menimbulkan fitnah samada kepada rijal atau nisa' berkaitan dan juga kepada Gerakan Islam. Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan satu kaedah yang disepakati ulama feqah "sesuatu yang halal boleh bertukar menjadi haram jika dengannya akan menimbulkan fitnah".


dibolehkan terus berhubung antara rijal dan nisa' dalam proses mencapai cita2 harakah Islam cuma jangan mengadakan suatu perhubungan yang boleh menyebabkan fitnah kepada diri sendiri dan gerakan Islam, itu sahaja. Hukumnya ada pada diri masing-masing. rasa adalah rasa tuan empunya rasa.


Allahu a'lam...

Peliharalah Ukhwah

“Orang-orang beriman itu BERSAUDARA (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwalah kepada ALLAH…” (Al-Quran).

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan Rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)


Sahabat-sahabat,

Persaudaraan Islam ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah Islam & keimanan kepada ALLAH. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh, ampuh dan berharga.

Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan sahabat (itsar)..

"Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya" (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya
lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.


Dalam persahabatan, kita tidak semestinya sebaya. Ada adik, ada kakak dan ada abang.

Adik seharusnya menghormati kakak@abang seadanya.

kakak@abang pula memberi kasih sayang yang adil kepada adik-adiknya.

Wujudkan suasana mahabbah@kasih sayang dan keharmonian dalam persahabaan.

Jangan biarkan masalah hati memisahkan persaudaraan yang kian subur,

Berlapang dadalah, terimalah sahabtmu seadanya.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a'alamin..

Sunday, October 19, 2008

Siapakah World-class leader?

"World-class leader"


Pernahkah anda terfikir, terbayang, terlihat, terjumpa satu term yang merujuk kepada seseorang yang memiliki sifat kepimpinan bertaraf dunia "World-class leader"?

Atau mungkin anda pernah menemui @ mengenali secara langsung @ tak langsung "World-class leader"?

siapakah yang dimaksudkan sebagai "World-class leader"?

Dalam ucapan dasar presiden GAMIS 2008 ada disebut berkenaan ciri-ciri "World-class leader".

Anda nak tahu? ini ciri-ciri yang dimaksudkan:

1. Orang yang berfikir sepertimana negarawan yang melihat daripada skop yang lebih luas dan meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya

2. Orang yang turun ke lapangan ummah (down to earth) untuk melihat jerih-perih masyarakat dan mengesat air mata rakyat

3. Orang yang punya nilai integrity dan interpersonal yang mempesonakan

4. Orang yang punya nilai keilmuan dan estetika thaqafah yang mendalam dan meluas

5. Orang yang memadukan antara igauan fantasi dan aksi reality

6. Orang yang memikirkan secara serius perihal pembentukan daulah Islamiah

7. Orang yang sebagaimana disimpulkan oleh Anis Baswedan iaitu seseorang tidak dilahirkan untuk negerinya sahaja bahkan dilahirkan untuk dunia

8. Orang yang boleh memimpin dan bukan ahli yang dipimpin

9. Orang yang berusaha membebaskan manusia daripada azab neraka menuju pencerahan syurga, ingin merasai kedinginan air telaga al-kauthar suapan tangan Rasul yang tercinta dan mencari keredhaan dan maghfirah Allah.

Jika anda sekarang ini adalah orang yang bergelar pemimpin, adakah anda memiliki ciri-ciri "World-class leader"?

Jika Ya, Bagus! I support U!

Jika tidak, Don't worry, I know u can be "World-class leader". Yang penting anda berusaha untuk memiliki & mempraktikkannya dalam memimpin.

Adakah "World-class leader" hanya boleh digelarkan kepada orang yang berjawatan sahaja? atau orang yang diistilahkan sebagai pemimpin sahaja?

Jawapannya tidak. Anda juga boleh digelar sebagai "World-class leader" walaupun anda tidak memegang apa-apa jawatan, walaupun anda bukan seorang ketua, walaupun anda hanya pekerja bawahan, walaupun anda seorang student biasa, dan apa-apa sahaja yang menunjukkan anda sekarang ini bukanlah daripada golongan pemimpin.

Kenapa?

Nantikan jawapannya.....................

Thursday, October 16, 2008

TANGGUNGJAWAB MAHASISWA ISLAM

1. Menyampaikan aqidah Islam yang Maha Suci kepada masyarakat bukan Islam yang terus
menganut agama-agama canaian tangan-tangan manusia

2. Menjernihkan kembali aqidah masyarakat muslim yang sebahagian daripada mereka sudah
mula sangsi dengan aqidah Islam akibat kealpaan golongan alim dalam memberikan
penekanan yang lebih kepada ilmu aqidah kepada masyarakat muslim

3. Bersama-sama membasmi gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia dengan cara
menjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa Islam adalah agama yang tidak
mengandungi sedikit pun cacat cela dari semua segi disamping mendekati golongan yang
telah murtad untuk membawa mereka kembali kepada agama Islam

4. Bersama-sama membasmi gejala sosial yang telah menghancurkan peribadi muda-mudi
Islam khususnya sehingga menyebabkan mereka semakin jauh dari aturan Islam

5. Berusaha menghapuskan segala agensi-agensi penaja dan pembiak kepada kemungkaran
sama ada dari sudut elektronik, internet, makalah dan sebagainya

6. Berusaha untuk menjadikan Islam bukan sekadar agama yang bersifat ritual ibadat
semata-mata bahkan berusaha untuk menjadikan Islam sebagai kuasa dan undang-undang
yang merajai negara

7. Menyedarkan masyarakat bahawa mengundi parti yang tidak menjadikan Islam
sebagai tunjang pergerakan dan aktiviti kerajaan hanya akan melumpuhkan dan merugikan
setiap usaha murni yang ingin mendaulatkan Islam ke mercunya dan memurnikan akhlak
masyarakat Malaysia yang tersasar jauh daripada kehendak Allah dan Rasulnya.

Adaptasi: Hairul Nizam Mat Husain (Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)